comscore
Tumpuan :
Nasional

Syarat, jumlah peruntukan ahli parlimen pembangkang ditentukan selepas mesyuarat MPTSKP

KUCHING: Jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada semua ahli parlimen pembangkang akan diputuskan  pada minggu hadapan selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan (MPTSKP) yang dipergerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan pada 17 April depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, menerusi pertemuan bersama-sama tiga wakil pembangkang iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini, tiada sebarang persetujuan berkaitan syarat dan jumlah peruntukan yang bakal diberikan kepada ahli parlimen berkenaan.

Sebaliknya tiga wakil ahli parlimen pembangkang terbabit katanya menyerahkan kepada pihak kerajaan perpaduan untuk menentukan syarat serta jumlah peruntukan yang bakal diberikan kepada mereka.

” Perkara itu masih belum dibincangkan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan jadinya saya tidak tahu mengenainya kerana ia belum di bincangkan.

“Justeru, janganlah mengandaikan sesuatu yang belum dibincangkan kerana Itu yang akan menjadikan ia satu persepsi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kitika ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri di Kuching.

Fadillah dalam pada itu turut menafikan dakwaan segelintir ahli parlimen pembangkang yang terdapat perjanjian yang dikemukakan oleh wakil Perdana  Menteri kepada ahli-ahli parlimen pembangkang terbabit.

Perkara sama juga disahkan oleh Datuk Seri Anwar yang memberitahu beliau tidak pernah menghantar atau mengarahkan mana-mana individu untuk mewakilinya berunding dengan ahli parlimen pembangkang mengenai isu peruntukan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini