comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Akaun 3 akan galakkan pekerja gig menyimpan dalam KWSP – Perancang kewangan

Oleh: Afrina Romzi

PETALING JAYA: Rancangan pelaksanaan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kebebasan pengeluaran kepada pencarum.

Foto hiasan

Perancang kewangan, Alpine Advisory Sdn Bhd, Rozanna Abdul Rashid, berkata cadangan itu juga akan menggalakkan pekerja gig untuk menabung dalam KWSP yang mempunyai rekod baik dalam pemberian dividen.

“Walaupun ini tidak akan menjejaskan sumbangan 70 peratus sedia ada ke dalam Akaun 1, sumbangan ke dalam Akaun 2 akan dikurangkan. Akaun 3 bertujuan terutamanya untuk membantu pekerja sektor tidak formal, yang pada masa ini tidak menikmati perlindungan simpanan persaraan yang baik,” katanya kepada BuletinTV3.

Tambah beliau, KWSP perlu menyertakan perundangan yang jelas yang melarang pengeluaran daripada Akaun 1 atau 2, melainkan atas sebab tertentu yang dibenarkan pada masa ini seperti pendidikan atau perumahan.

Ini selain mengadakan program kewangan untuk mendidik pencarum membuat pengeluaran secara bertanggungjawab dan hanya menggunakan simpanan Akaun 3 untuk tujuan kecemasan.

Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, cadangan Akaun 3 ini adalah penambahbaikan terhadap skim pengeluaran sedia ada.

Pada masa yang sama, KWSP sedar kemungkinan cabaran luar jangka yang dialami sesetengah pencarum.

“Jika cadangan ini diluluskan, dari segi aspek literasi kewangan adalah suatu perkara yang perlu ditekankan kerana kita tidak mahu ahli terus membuat pengeluaran yang mana pengeluaran ini boleh menjejaskan kecukupan nilai simpanan mereka ketika mereka bersara kelak,” katanya kepada BuletinTV3.

Semalam, KWSP merancang untuk memperkenal Akaun 3 bagi pencarum baharu, dijangka dalam tempoh dua tahun akan datang.

Akaun baharu ini adalah untuk pencarum yang lahir pada 2010 dan ke atas dan boleh dikeluarkan secara fleksibel bagi sebarang tujuan mengikut pertimbangan pencarum.

Loading...
Terkini