comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka positif

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki petunjuk daripada prestasi semalaman pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,449.77 daripada paras 1,448.02 pada akhir dagangan semalam.Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh 0.61 mata kepada 1,448.63.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung pada angka amat rapat iaitu 161 berbanding 160 manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan 85 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 201.25 juta unit bernilai RM78.76 juta.

Loading...
Terkini