comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia meningkat 0.63 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun hari ini mendapat rangsangan daripada prospek positif di bursa tempatan dan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.84 mata kepada 1,571.48 daripada paras penutup 1,561.64 pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 3.85 mata kepada 1,565.49, bergerak antara paras 1,564.89 dan 1,572.48 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.25 bilion unit bernilai RM3.03 bilion daripada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Selasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini