comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks Volum Perkhidmatan menokok 11.7% pada suku ke-4, 2022 – Jabatan Perangkaan

FOTO: Facebook/ Department of Statistic

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Indeks Volum Perkhidmatan meningkat 11.7 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun kepada 142.6 mata pada suku keempat 2022 berbanding 127.7 mata pada suku yang sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi ini dipacu oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan yang merekodkan peningkatan 12.2 peratus diikuti segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan (11.6 peratus), segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkutan dan penyimpanan (10.6 peratus) dan segmen perkhidmatan lain (13.3 peratus).

Bagi perbandingan suku tahunan, Indeks Volum Perkhidmatan meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 142.6 mata daripada 140,4 mata pada suku ketiga sebelumnya, manakala suku tahun bagi pelarasan musim susut sebanyak 3.6 peratus kepada 137.1 mata.

’Perdagangan borong dan runcit, penginapan dan makanan dan minuman merupakan penyumbang utama kepada penurunan ini yang merekodkan pertumbuhan negatif 3.7 peratus,” kata Jabatan Perangkaan.

Loading...
Terkini