comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kehadiran Tesla, SpaceX beri peluang kepada syarikat tempatan: PIKOM

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) berharap syarikat teknologi tempatan dapat bekerjasama dua syarikat gergasi Elon Musk; Tesla dan SpaceX sebagai pembekal perkhidmatan dan teknologi.

Presiden PIKOM, Ong Chin Seong

Presidennya, Ong Chin Seong percaya syarikat tempatan mampu menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan dua syarikat global tersebut, jika diberi peluang.

“Kami berharap Tesla dan SpaceX juga terbuka kepada perkongsian teknologi dengan syarikat-syarikat tempatan. Ini dapat meningkatkan kompetensi syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.” katanya kepada Buletin Tv3.

Kehadiran syarikat milik Elon Musk juga dapat menggalakkan minat kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan belia tempatan.

Ini akan melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang berkemahiran tinggi di dalam bidang automotif , teknologi angkasa, inovasi dan keusahawanan.

Tidak dinafikan, kata beliau, kehadiran syarikat Elon Musk melonjakkan profail Malaysia sebagai negara stabil dan kompetitif kepada pelabur asing.

Loading...
Terkini