comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia Airports catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023

 

Foto hiasan/ NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye bagi bulan kedua berturut-turut pada Ogos 2023.

Pengendali lapangan terbang itu menjelaskan Malaysia menyumbang lebih 66 peratus atau 7.4 juta kepada 11.2 juta penumpang.

Operasi Turkiye pula mencatatkan 3.8 juta pergerakan penumpang — peningkatan sebanyak tiga peratus daripada 3.7 juta penumpang yang direkodkan pada Julai 2023.

Di peringkat tempatan, lapangan terbang di Malaysia merekodkan 3.5 juta dan 3.9 juta penumpang masing-masing bagi sektor antarabangsa dan domestik pada Ogos 2023.

Purata jumlah pergerakan penumpang harian tertinggi bagi tahun ini setakat ini juga dicatatkan pada Ogos 2023 dengan 240,000 penumpang.

“Ini sebahagiannya didorong oleh enam pilihan raya negeri (dengan hari pengundian) pada 12 Ogos, cuti umum tambahan pada 13 Ogos pascapilihan raya yang diisytiharkan, dan sambutan Hari Kebangsaan yang serentak dengan cuti sekolah.

“Pergerakan trafik menunjukkan trend yang sama dengan tempoh prapandemik apabila trafik memuncak pada musim perayaan, cuti sekolah dan cuti umum, menunjukkan trend perjalanan beransur pulih,” menurut MAHB.

MAHB memaklumkan lebih banyak syarikat penerbangan juga telah menyusun semula laluan mereka menerusi kumpulan kapal terbang yang tersedia dalam operasi, mendorong lebih banyak penerbangan digerakkan ke rantau Asia Timur Laut, serta penyambungan semula laluan ke destinasi prapandemik.

— BERNAMA

Loading...
Terkini