comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham TNB paling banyak dibeli pelabur asing pada Julai

KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) paling banyak dibeli pelabur asing dari segi nilai pada Julai lalu, diikuti Maybank, KL Kepong, Malaysia Airports dan Public Bank berdasarkan data daripada Dibots.

Pelabur asing membeli saham TNB bernilai RM462.5 juta yang mewakili 32.7 peratus daripada jumlah keseluruhan belian bersih RM1.41 bilion pada bulan dikaji.

Maybank sebanyak RM292.9 juta (20.7 peratus), KL Kepong RM212.9 juta (15 peratus), Malaysia Airports RM158.2 juta (11.2 peratus) dan Public Bank RM148.2 juta (10.5 peratus).

Menurut penganalisis Maybank Investment Bank, Wong Chew Hann, jualan teratas oleh pelabur asing pada Julai pula ialah CIMB, Hong Leong Bank, RHB Bank, Petronas Chemical dan Telekom.

Katanya, bagi tempoh tujuh bulan pertama 2023, jualan teratas oleh pelabur asing ialah CIMB, Public Bank, Petronas Chemical, RHB Bank dan Hong Leong Bank.

“Bagi pembelian teratas ialah Gamuda, Malaysia Airports, Maybank, CelcomDigi dan YTL.

“Julai menyaksikan aliran positif apabila pelabur asing membeli bersih RM1.41 bilion ekuiti selepas 10 bulan berturut-turut mencatatkan jualan bersih sebelum ini,” katanya.

Loading...
Terkini