comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di tiga negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Maybank melancarkan perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan untuk pelanggan yang melancong ke Singapura, Indonesia dan Thailand yang membolehkan mereka melakukan transaksi pembayaran tanpa tunai dan segera melalui aplikasi MAE.

Begitu juga, pelancong yang datang dari ketiga-tiga negara itu boleh membuat pembayaran tanpa tunai dengan peniaga Maybank QRPay di Malaysia.

Tawaran baharu ini akan membolehkan rakyat Malaysia yang melawat negara terbabit menikmati pilihan pembayaran lebih murah, pantas dan mudah melalui aplikasi MAE.

Dengan pembukaan semula sempadan untuk perjalanan tanpa kuarantin, pembayaran QR rentas sempadan menawarkan kemudahan kepada pelancong supaya tidak perlu beratur di pengurup wang dan membawa sebarang wang tunai.

Begitu juga, pelancong yang melawat Malaysia di mana banknya ada hubungan dengan penyedia perkhidmatan pembayaran juga boleh mendapat manfaat daripada QR rentas sempadan menggunakan aplikasi perbankan tempatan mereka di peniaga Maybank QRPay di seluruh negara.

Ini memberi manfaat besar kepada peniaga tempatan yang berdaftar, kerana ia membolehkan mereka menerima bayaran daripada pelancong dalam ringgit terus ke dalam akaun.

Loading...
Terkini