comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Maybank berjaya ke senarai Syarikat Terbaik Dunia 2023 TIME

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Bank terbesar negara, Maybank telah berjaya memasuki senarai “Syarikat Terbaik Dunia 2023” TIME Magazine.

Maybank juga satu-satunya organisasi Malaysia yang muncul dalam senarai sulung itu yang menyenaraikan 750 syarikat global.

Projek penyelidikan “Syarikat Terbaik Dunia 2023” ini dijalankan dengan kerjasama Statista, syarikat penyedia antarabangsa data dan kedudukan pasaran dan pengguna.

Satu analisis komprehensif dijalankan untuk mengenal pasti syarikat berprestasi tinggi di seluruh dunia.

Kajian ini berdasarkan tiga dimensi utama: kepuasan pekerja, pertumbuhan hasil dan data kemampanan atau data Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG).

Daripada senarai 750 syarikat terbaik dunia tahun ini, Maybank berada di kedudukan ke-598 secara keseluruhan.

Manakala, kedudukan ke- 291 untuk kepuasan pekerja dan kedudukan ke-374 untuk kemampanan atau ESG.

Menurut laman web TIME, kedudukan berkenaan hanya menunjukkan syarikat teknologi dan perkhidmatan perniagaan yang bergerak pantas melangkaui syarikat pengeluar dan barangan pengguna yang pernah memacu ekonomi global.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini