comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bekas pegawai KBS dihukum penjara 15 tahun, denda RM284.2 juta

 

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd didapati bersalah atas 32 pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak tahun 2012.

Otman dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah RM284.2 juta.

Hakim Kamaruddin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Kamarudin turut membenarkan Otman yang diwakili peguam Rafique Rashid Ali menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan syarat wang jaminan ditambah RM300,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga mengarahkan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk pelupusan tertakluk kepada rayuan dan permohonan dari mana-mana pihak.

Mahkamah sementara itu membenarkan permohonan pendakwaan supaya semua harta dibenarkan dilucut hak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 31 Mac 2016, Otman mengaku tidak bersalah di atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.

Pada 21 April 2016, Otman juga mengaku tidak bersalah atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

 

Loading...
Terkini