comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Perlu dana untuk projek kawasan rumah anda? mohon sahaja terus kepada kerajaan: Rafizi

SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi.

Menterinya Rafizi Ramli berkata sistem permohonan itu kini dalam persediaan akhir dan bentuk projek yang dibenarkan serta syarat akan diperincikan nanti.

“Sebelum ini perancangan banyak daripada pejabat kerajaan bukan adun atau wakil rakyat pun, kami takde input sangat pun, jabatan kerajaan ada proses dia tgk, jadi kita sebagai rakyat atau wakil rakyat, kita takde input pun, sekarang ni saya cuba secara perlahan supaya rakyat pun blh bagi input

Apabila dilancarkan nanti rakyat tidak perlu lagi melalui proses permohonan yang berlapis yang biasanya mengambil masa panjang untuk diluluskan.

Rafizi berkata, peluang itu turut dibuka bagi memberi ruang kepada rakyat memberi input dan cadangan pembangunan kepada kerajaan yang kemudian akan dipadankan dengan perancangan jabatan berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Selangor.

Loading...
Terkini