comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pernas optimis program BIT mampu lahirkan lebih ramai usahawan francais PMKS

ALOR SETAR: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) optimis Program Business In-Transformation (BIT) mampu melahirkan lebih ramai pengusaha francais dalam kalangan usahawan perusahaan mikro, kecil dan  sederhana (PMKS).

Pernas yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Pernas berjaya melahirkan 1,400 usahawan prafrancaisi serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2,800 orang setakat ini menerusi program itu.

“Tahun ini, Pernas menyasarkan untuk membangunkan 24 prafrancaisor dan 48 prafrancaisi melalui program BIT dengan sasaran pembiayaan RM2 juta dan mewujudkan 300 peluang pekerjaan baharu.

“Sehingga kini, sejumlah RM13.35 juta telah disalurkan kepada usahawan BIT yang berkelayakan…sejak diperkenalkan dalam tahun 2013, sebanyak 207 buah syarikat dari pelbagai sektor telah mendaftar dalam program BIT,” menurut kenyataan itu.

Program BIT bertujuan mentransformasikan PMKS sehingga menjadi perniagaan yang berdaya saing dan boleh dimajukan ke arah perniagaan francais.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Ahmad Fuad Che Ani @ Abd Ghani berkata penganjuran Mini Business In-Transformation Expo (Mini BITe) 2023 di Langkawi mampu menjadi platform terbaik mempromosikan program BIT kepada golongan sasar di pulau itu.

“Penganjuran program ini adalah juga selaras dengan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan masyarakat negeri Kedah khususnya di Langkawi, sekali gus menjana ekonomi negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan itu.

Ahmad Fuad berkata LADA menyalurkan bantuan khusus kepada usahawan Langkawi menerusi inisiatif khas di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) iaitu Projek Ekonomi Baru (PEB).

Beliau berkata seramai 1,505 orang mendapat manfaat secara langsung daripada inisiatif itu dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM826,074 bagi tempoh tiga tahun.

“Lanjutan dari itu, perniagaan francais merupakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada kalangan PMKS.

Loading...
Terkini