comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PMKS dijangka berkembang pesat tahun ini 

Datuk Ewon Benedick, Menteri KUSKOP ketika Majlis Sidang Media Prestasi PMKS 2022

Oleh: Juliana Pija Ismail

BANDAR BARU BANGI: Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PMKS) dijangka berkembang pesat tahun ini berikutan pelabagai insentif yang disediakan kerajaan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, pertumbuhan itu juga dipacu peningkatan kerjasama dengan negara serantau yang memberi peluang kepada PMKS tempatan untuk berkembang.

“Kita mengakui masih ada isu dan cabaran yang masih dihadapi oleh semua pmks yang memerlukan intervensi dan sokongan tertentu daripada kerajaan dan kita ambil perhatian” katanya di Majlis Sidang Media Prestasi PMKS 2022.

Antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan termasuk menambah geran padanan digitalisasi sebanyak RM100 juta bagi membantu PMKS beralih kepada digitalisasi selain menambah peruntukan RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi KUSKOP seperti SME CORP dan Tekun Nasional.

Beliau berkata, dalam usaha merangsang pertumbuhan PMKS agar lebih berdaya tahan dan mampan, KUSKOP melalui SME Corporation Malaysia akan terus komited untuk memperkukuhkan pelaksanaan program pembangunan perusahaan tersebut secara bersasar.

Terdapat 225 program pembangunan PMKS yang sedang giat dilaksanakan oleh 12 Kementerian termasuk 56 agensi dan tujuh kerajaan negeri setakat ini dengan peruntukan sebanyak RM10.6 bilion.

Tahun lalu, sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat daripada 37.4 peratus pada tahun 2021 kepada 38.4 peratus.

Loading...
Terkini