comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Public Bank rekod untung besar RM1.71 bilion, berikutan ketiadaan Cukai Makmur 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Public Bank merekodkan keuntungan bersih RM1.71 bilion bagi suku pertama 2023, meningkat 22.6 peratus berikutan ketiadaan Cukai Makmur yang dikenakan pada suku sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai Public Bank dalam suku dikaji naik 10.4 peratus kepada RM2.21 bilion berbanding suku sama 2022.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr Tay Ah Lek, berkata kumpulan terus mengharungi cabaran dalam persekitaran operasi yang berkembang dan menunjukkan ketahanan dalam prestasi pada suku pertama tahun 2023, terutamanya disokong oleh pertumbuhan pendapatan faedah bersih dan peruntukan pinjaman pengurangan nilai yang baik.

Katanya, pendapatan faedah bersih meningkat sebanyak 7.4 peratus, terutamanya didahului oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik, yang berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan masing-masing sebanyak 5.0 peratus dan 9.1 peratus.

“Peruntukan pengurangan nilai yang rendah pada suku berkenaan, kumpulan mengekalkan pulangan ekuiti bersih yang kukuh sebanyak 13.6 peratus.

“Meskipun tekanan inflasi tinggi, kenaikan dalam perbelanjaan operasi berjaya dikawal pada 4.7 peratus, disokong oleh pengurusan kos Kumpulan yang berhemah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ah Lek berkata, Public Bank berjaya mengekalkan nisbah kos kepada pendapatan yang efisien sebanyak 33.1 peratus pada suku pertama tahun 2023.

“Kualiti aset kekal stabil dengan nisbah pinjaman pengurangan nilai kasar yang rendah sebanyak 0.5 peratus.

“Peruntukan pinjaman pengurangan nilai adalah lebih baik sebanyak 98.5 peratus kepada RM1.5 juta berbanding dengan RM99.7 juta pada suku sama pada tahun 2022,” katanya.

Loading...
Terkini