comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Public Bank tarik balik saman terhadap Magma

Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong.

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd menarik balik saman ke atas Magma Group Bhd (Magma) termasuk anak syarikat milik penuhnya, Astaka Mekar Sdn Bhd.

Magma menerusi satu kenyataan berkata, penarikan balik saman Public Bank itu dilaksanakan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah mengenai kos, sekali gus menandakan detik penting kepada kumpulan itu.

“Mahkamah telah membenarkan penarikan balik saman, menandakan satu langkah yang penuh harapan untuk Magma. Ia menawarkan jalan kepada syarikat menyusun semula fokus dan strateginya untuk peluang masa depan, tanpa terikat daripada kekangan tuntutan undang-undang yang berlarutan ini,” katanya.

Semasa pengurusan kes semalam, mahkamah memberikan kebenaran kepada Public Bank (plaintif) untuk menarik balik saman terhadap defendan (Magma), termasuk Astaka Mekar.

Saman itu, pada asalnya difailkan oleh Public Bank terhadap anak syarikat Magma dan pihak bersekutu, berpunca daripada pertikaian mengenai penyelesaian jumlah tertunggak di bawah pelbagai Kemudahan Pinjaman Berjangka dan Kemudahan Overdraf. Plaintif telah meminta bayaran balik yang banyak, termasuk faedah terakru, daripada defendan di bawah kemudahan itu.

Pengarah Urusan Magma, Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong, berkata keputusan itu menandakan detik penting untuk Magma, sekali gus membolehkan syarikat memberi tumpuan kepada usaha memanfaatkan peluang baharu dan mengukuhkan komitmennya terhadap pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, saham Magma ditutup pada 27 sen, mewakili modal pasaran sebanyak RM255.2 juta.

Loading...
Terkini