comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit mampu capai 4.2 berbanding dolar AS selepas pertikaian siling hutang AS selesai : Ahmad Maslan

 

Datuk Seri Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Kewangan

Oleh:Juliana Pija Ismail

 

PUTRAJAYA:Nilai ringgit dijangka mencapai kadar munasabah sekitar RM4.20 sekiranya hasil perbincangan untuk meningkatkan siling hutang Amerika Syarikat(AS) berjaya mencapai kata putus.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, nilai ringgit yang berada pada kadar 4.63 sen berbanding dolar Amerika ketika ini diharap bersifat sementara dan kembali stabil dalam masa terdekat.

“Pada pandangan saya adalah kadar munasabah itu adalah dimana kadar yg lama berlaku utk sesuatu masa atau tempoh.Katalah RM4.20 dlm tempoh 5 hingga 6 bulan mungkin itu kadar yg munasabah dari segi prinsip pertukaran asing”

katanya pada sidang media pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan hari ini

Tambah beliau, Bank Negara Malaysia(BNM) diberi tanggungjawab untuk melihat kaedah dan mencari remedi bagi memulihkan nilai ringgit yang mengalami kemerosotan kebelakangan ini.

Beliau yakin bank pusat itu mempunyai strategi untuk mengekang kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika.

“Saya akan bawa perkara ini pada mesyuarat Jemaah Menteri petang ini, BNM juga akan hadir. Kita serahkan kepada BNM supaya perkara ini tidak terus teruk,” katanya.

Loading...
Terkini