comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit meningkat berikutan keyakinan terhadap penurunan kadar berterusan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan pelabur mengenepikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.6405/6455 berbanding dolar AS daripada 4.6425/6455 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP keseluruhan dan IHP teras Amerika Syarikat (AS) tinggi sedikit pada Disember, masing-masing sebanyak 3.4 peratus dan 3.9 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.2 peratus dan 3.8 peratus.

Sementara itu, pasaran bon terus mencatatkan penurunan hasil, menunjukkan peserta pasaran menjangka penurunan kadar.

Hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing turun sebanyak 6.0 mata asas dan 11 mata asas kepada 4.25 peratus dan 3.97 peratus.

Begitu juga, Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.04 peratus kepada 102.325 mata.

“IHP keseluruhan yang lebih tinggi sebahagian besarnya disokong oleh sub-indeks pengangkutan yang meningkat berikutan kenaikan berterusan insurans kenderaan bermotor, yang naik 20.3 peratus pada Disember susulan premium insurans yang meningkat disebabkan kos buruh yang tinggi, kekurangan mekanik dan kenaikan harga alat ganti kereta.

“Oleh itu, inflasi yang tinggi bukan disebabkan oleh permintaan dan trend disinflasi masih kukuh. Ini boleh menjadi alasan pasaran tidak yakin bahawa Fed akan menukar pertimbangan mereka dan cadangan penurunan kadar masih kekal,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau menjangka ringgit akan meningkat berbanding dolar AS hari ini.

“Ini mengenai masa, sama ada penurunan kadar dilaksanakan pada Mac atau kemudiannya,” katanya.

Loading...
Terkini