comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit meningkat lebih 5.0 peratus berbanding baht Thailand sejak Julai

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat lebih 5.0 peratus berbanding baht Thailand sejak Julai lalu iaitu daripada RM13.449 setiap 100 baht kepada RM12.767 setiap 100 baht pada hari ini.

Mata wang Thailand didapati terjejas lebih teruk terhadap pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang tempatan.

Bank of Thailand ketika dipetik Reuters berkata, penurunan baht adalah disebabkan oleh faktor luaran dan ia sedang memantau dengan rapat pergerakan mata wangnya itu.

Baht susut kepada paras terendah 11 bulan iaitu pada 37.095 berbanding dolar AS pada pagi Selasa.

Bank pusat bersedia untuk campur tangan dalam dagangan baht jika terdapat pergerakan yang tidak teratur, demikian menurut kenyataannya.

Sementara itu, ia menambahkan pelabur di negara itu sedang menantikan arah tuju jelas mengenai dasar fiskal kerajaan barunya.

“Pengukuhan dolar (berlaku) akibat kemungkinan Federal Reserve akan mengekalkan kadar faedah (pada paras tinggi) lebih lama dari yang dijangkakan,” kata Pengarah Kanan Bank of Thailand, Sakkapop Panyanukul.

Loading...
Terkini