comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit meningkat pada pembukaan berbanding AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kecenderungan meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu, disokong jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih kecil di AS apabila data inflasi terkini negara itu menunjukkan aliran penurunan.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada 4.4820/4860 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Februari tepat seperti yang dijangkakan iaitu pada 6.0 peratus, di bawah bacaan Januari pada 6.4 peratus.

“Ini menunjukkan inflasi di AS semakin lemah buat masa ini, justeru Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengambil tindakan yang lebih sederhana berhubung keputusan kadar faedah seterusnya pada 22 Mac,” katanya. — BERNAMA

Loading...
Terkini