comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Tesla mula edar lori elektrik

Musk (kanan) pada majlis pelancaran kumpulan pertama lori elektrik Tesla di Gigafactory. – FOTO : REUTERS

SAN FRANCISCO: Tesla menghantar kumpulan pertama lori elektrik kepada PepsiCo dalam satu majlis yang diadakan di Gigafactory di Sparks, Nevada, Amerika Syarikat (AS) Khamis ini.

Pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memandu satu daripada lori itu dan acara itu turut disiarkan secara langsung di Twitter, lapor Xinhua.

Kali pertama diperkenalkan dalam bentuk konsep lima tahun lalu, kenderaan itu sepatutnya mula dikeluarkan pada 2019 tetapi tertangguh disebabkan kekurangan alat ganti yang melanda dunia dan pandemik COVID-19.

Kenderaan itu dikuasakan oleh empat motor bebas dan berupaya memecut 0-60 batu sejam dalam 20 saat.

Ia turut dilengkapi dengan dengan julat bateri sehingga 500 batu (805 kilometer) apabila menarik beban 82,000 paun (37,195 kilogram).Harga mungkin bermula pada AS$150,000, menurut syarikat itu.

Musk berkata, syarikat itu merancang untuk meningkatkan pengeluarannya sehingga 50,000 buah pada 2024 di Amerika Utara. -BERNAMA

Loading...
Terkini