comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

TH yakin catat prestasi kewangan yang baik bagi 2022

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji yakin mencatatkan prestasi kewangan yang baik tahun ini di sebalik portfolio pelaburannya yang berada dalam persekitaran mencabar sepertimana pengurus dana lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, “2022 adalah tahun yang sangat mencabar dan keadaan ini bukan hanya dihadapi TH, malah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pemodalan Nasional Bhd (PNB) turut berdepan situasi di mana pulangan bergantung kepada prestasi saham global dan tempatan serta pasaran modal yang mencabar. Bagaimanpun, kami yakin mampu merekod keuntungan yang baik untuk memberi sebagai agihan dividen.”

“Namun, kami tetap yakin untuk meraih keuntungan kompetitif. Menuju ke hadapan, persekitaran kurang memberangsangkan pada 2022 dijangka berlanjutan ke tahun depan, bagaimanapun kami berharap 2023 menjadi lebih baik,” katanya dalam forum ‘MIDF Conversations’ yang diadakan secara maya, hari ini.

Bagi tempoh setakat 30 September 2022, terdapat enam alokasi aset strategik TH merangkumi pendapatan tetap berjumlah RM52.8 bilion; hartanah (RM7.63 bilion); ekuiti domestik (RM14.51 bilion); ekuiti asing (RM4.5 bilion); ekuiti swasta (RM974 juta); dan pasaran wang (RM7.44 bilion).

Setakat 31 Oktober 2022, TH memiliki simpanan berjumlah RM87.83 bilion daripada 8.69 juta pendeposit, berbanding hanya RM46,610 dan 1,281 pendeposit pada 1963, iaitu tahun pertama penubuhannya.

Loading...
Terkini