comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PNB sahkan cadangan penggabungan UMW & Sime Darby

Foto : NSTP

Oleh: Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings dengan syarikat multinasional Sime Darby Berhad.

PNB dalam satu kenyataannya menjelaskan Sime Darby telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat dengan pengurus dana berkenaan untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan dalam kumpulan UMW.

Penggabungan dua pemain industri automotif  itu didorong oleh peluang untuk mengukuhkan kehadiran PNB dalam sektor automotif di peringkat tempatan dan serantau selain merangsang agenda elektrifikasi.

Ia dijangka memacu pertumbuhan pelaburan, meningkatkan kecekapan dan mencipta nilai untuk pemegang unit PNB.

Langkah strategik itu juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang menyokong pertumbuhan sektor berkenaan ke arah hab automotif serantau.

Loading...
Terkini