comscore
Tumpuan :
Dunia

103 kanak-kanak antara 340 ditemui dalam trak bawa pati di Mexico

FOTO: Reuters Connect

VERACRUZ: 103 kanak-kanak pendatang asing tanpa izin (PATI) bawah umur antara ratusan pelarian ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan di sebuah lebuh raya, di timur Veracruz, Mexico.

Institut Migrasi Kebangsaan Mexico dalam satu kenyataan memaklumkan, kebanyakan pati bawah umur itu mengembara tanpa ditemani ahli keluarga berasal dari Guatemala.

Mereka sebahagian daripada kira-kira 340 pendatang dari amerika tengah dan selatan.

Menurut agensi itu, bahagian treler trak diubah suai menjadi kenderaan dua tingkat untuk membawa lebih ramai penumpang.

Pengangkutan berkenaan kaedah paling berbahaya digunakan penyeludup untuk mengangkut pati melalui Mexico ke Amerika Syarikat.

Jun lalu, lebih 50 pati maut selepas ditinggalkan dalam trak dalam keadaan panas terik di San Antonio, Texas.

Pada Disember 2021, 56 pati dari Amerika Tengah maut, manakala puluhan lagi cedera apabila trak dinaiki terbalik di selatan Mexico.

Loading...
Terkini