comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM serbu sekolah sukan gajikan pekerja PATI

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: 15 pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam serbuan ke atas sebuah sekolah sukan di Bukit Jalil, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata kesemua Pati terbabit merupakan pekerja pembersihan di premis berkenaan.

Mereka terdiri daripada lima lelaki dan 10 wanita; kesemuanya warga Indonesia.

“Pasukan penguatkuasa JIM Kuala Lumpur telah mengeluarkan dua saman kepada wakil sekolah sukan berkenaan untuk diambil keterangan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Wan Mohammed Saupee kesemua PATI berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun dan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, di sini bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) (tiada dokumen sah) dan Seksyen 15(1)(c) (tinggal lebih masa) Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini