comscore
Tumpuan :
Dunia

11 penumpang pesawat Cathay Pacific cedera

FOTO: Reuters

HONG KONG:  11 cedera apabila sebuah pesawat Cathay Pacific tiba-tiba membatalkan pelepasannya dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa, Hong Kong.

Pembatalan pelepasan pesawat Cathay Pacific CX880 itu dibuat susulan isyarat janggal yang diterimanya

Ketika kejadian pesawat dengan 293 penumpang dan 17 kru itu dijadualkan berlepas ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

FOTO: Reuters

11 penumpang cedera ketika evakuasi dilakukan melalui tangga kecemasan

Menurut kenyataan polis, salah satu tayar pesawat meletup menyebabkan mangsa cedera dengan tiga daripadanya masih menerima rawatan di hospital

Cathay Pacific dalam pada itu memohon maaf di atas insiden terbabit dan akan bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Hong Kong – BERNAMA

Loading...
Terkini