comscore
Tumpuan :
Dunia

14,878 jangkitan COVID-19 baharu di China

CHINA: China melaporkan 14,878 jangkitan COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, dengan 1,711 daripadanya bergejala dan 13,167 tidak bergejala.

Laporan itu dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu.

Menurut laporan berkenaan, angka itu dibandingkan dengan 11,950 kes baharu sehari sebelumnya dengan 1,504 kes bergejala dan 10,446 kes tidak bergejala.

Ia bagaimanapun tidak termasuk jangkitan import.

Setakat ini, tiada kematian baharu, sama seperti sehari sebelumnya yang mengekalkan kes kematian pada 5,226.

Sehingga semalam, tanah besar China mengesahkan 271,968 kes dengan simptom.

Loading...
Terkini