comscore
Tumpuan :
Dunia

15 pejuang Palestin terkorban

GAZA: Sekurang-kurangnya 15 pejuang Palestin terkorban dalam pertempuran dengan tentera Israel di utara Gaza.

Rejim dilapor mula mengundurkan tentera mereka dari kawasan itu dan beralih kepada operasi berskala kecil.

Rentetan itu, kepulan asap memenuhi ruang udara Gaza tatkala bunyi tembakan bertali arus kedengaran.

Tentera rejim zionis dalam pada itu berikrar untuk memburu dan membunuh anggota pejuang Hamas selepas kejadian 7 Oktober.

Lebih 100 hari genosid ke atas rakyat Palestin berlanjutan, ruang udara, darat dan laut Gaza terus menerus diserang sekaligus mengakibatkan lebih 2.3 juta penduduknya hilang tempat tinggal dengan lebih 25,000 terkorban.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini