comscore
Tumpuan :
Dunia

Maut kerana leka ambil gambar rusa 

 

TOKYO: Dek kerana leka merakam gambar rusa liar, seorang wanita maut akibat terjatuh dari jambatan di Jepun, Sabtu lalu.

Menurut The Straits Times yang memetik Yahoo Jepun, insiden itu berlaku kira-kira 9.30 pagi di bandar Higashi-Izu di wilayah Shizuoka.

Pihak berkuasa berkata wanita yang dilaporkan maut berusia 20-an dan berasal dari wilayah Chiba.

Ketika kejadian, dia bersama dengan bapa dan rakannya.

Mereka dalam perjalanan ke kawasan pergunungan untuk melihat rusa liar berkeliaran di habitat semula jadi.

Dia dipercayai meninggalkan kenderaan yang dinaiki semua orang dan pergi ke jambatan untuk merakam gambar rusa dan haiwan lain dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, berlaku kejadian tidak diingini apabila wanita itu terjatuh dari jambatan.

“Anak perempuan saya jatuh dari jambatan,” kata bapanya ketika menghubungi polis.

Balai Polis Shimoda berkata, mangsa jatuh daripada ketinggian 40 meter dari jambatan.

Wanita itu ditemukan di kawasan lembah, lapor The Yomiuri Shimbun.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.– Agensi

Loading...
Terkini