comscore
Tumpuan :
Dunia

3 lagi wartawan maut di Gaza, jumlah pengamal media terbunuh 115 sejak 7 Oktober

FOTO: Reuters

GAZA: Tiga lagi wartawan terbunuh ketika bertugas dalam Perang Israel-Palestin menjadikan jumlah korban pengamal media meningkat kepada 115 orang sejak pertempuran bermula pada 7 Oktober lalu.

Laporan Agensi Berita Rusia yang memetik Pejabat Media Gaza mendedahkan, salah seorang mangsa, wartawan wanita bersama anaknya.

Tiga bedilan roket tentera rejim ke atas sebuah lokasi berhampiran Hospital Al-Aqsa pula mengakibatkan 40 individu maut atau cedera.

Pada masa sama, tentera rejim turut meningkatkan serangannya ke atas Rafah mengakibatkan empat kanak-kanak antara lima maut.

FOTO: Reuters

Tidak cukup dengan itu, tentera rejim turut bertindak kejam dengan menyasarkan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah meragut nyawa 4 kakitangannya.

Sementara itu, serbuan tentera rejim ke atas Tebing Barat pula masih berlarutan dengan 12 penduduk Palestin dilaporkan cedera termasuk remaja 16 tahun manakala lima individu lagi ditahan tentera rejim.

Angka korban ketegangan yang tercetus sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada lebih 23,350 orang dengan hampir 60,000 lagi cedera – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini