comscore
Tumpuan :
Dunia

6 maut lelaki bersenjata mengamuk di bandar Mississippi

ARKABUTLA: Seorang lelaki bersenjata mengamuk dengan melepaskan tembakan di sebuah bandar kecil di Mississippi, Amerika Syarikat menyebabkan enam orang di empat lokasi terbunuh.

Kejadian berlaku di Arkabutla, sebuah kawasan pertanian luar bandar dengan penduduk kurang daripada 300 orang di Tate County di utara Mississippi, kira-kira 60 kilometer ke selatan Memphis, Tennessee.

Reuters melaporkan lelaki yang tidak dikenali itu menembak seorang lelaki di sebuah kedai, sebelum pergi ke rumah berhampiran dan menembak seorang wanita.

Suspek kemudian pergi ke rumah yang dipercayai di mana dia tinggal dan menembak dua orang di sana.

Suspek bagaimanapun memecut untuk melarikan diri dan pihak polis mengejarnya sehingga menuju ke jalan masuk rumah lain, tempat di mana suspek ditahan.

Di rumah itu, pegawai menemui dua lagi mangsa, seorang mati dalam kereta dan seorang lagi mati di jalan raya.

Pihak berkuasa menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak bersendirian dan motifnya belum diketahui.- REUTERS

Loading...
Terkini