comscore
Tumpuan :
Dunia

90 peratus penduduk dunia ada imuniti terhadap COVID-19 – WHO

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. – FOTO: AGENSI

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 90 peratus penduduk dunia kini memiliki ketahanan terhadap COVID-19, namun mengingatkan masih ada risiko kemunculan varian baharu yang berbahaya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata kealpaan dalam pemantauan akan membuka ruang untuk varian baharu virus muncul dan mengatasi varian Omicron yang kini menjadi dominan di seluruh dunia.

“WHO menganggarkan sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk dunia kini memiliki imuniti pada tahap tertentu terhadap virus SARS-CoV-2 berikutan pernah dijangkiti atau sudah menerima vaksin.

“Kita semakin hampir untuk mengisytiharkan fasa kecemasan pandemik sudah berakhir, namun kita masih belum sampai ke tahap itu.

Kealpaan dalam pemantauan, ujian, penjujukan genom dan vaksinasi terus mencipta suasana sesuai untuk varian baharu yang membimbangkan membuat kemunculan dan berisiko memberi kesan pada nyawa,” katanya kepada pemberita.

Hujung minggu lalu menandakan genap setahun sejak WHO mengumumkan Omicron sebagai varian membimbangkan dalam tempoh pandemik COVID-19 dan sejak itu menular ke seluruh dunia dan ia terbukti lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

Tedros berkata, sejumlah lebih Tedros berkata, sejumlah lebih 500 subvarian Omicron menular ketika ini, dan lebih mudah bergerak di sebalik imuniti, meskipun kurang berbahaya berbanding varian sebelumnya.

Setakat ini, WHO merekodkan 6.6 juta kematian di seluruh dunia daripada 640 juta kes yang direkodkan, namun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menegaskan ia tidak menunjukkan jumlah sebenar, yang jauh lebih tinggi.

Menurut Tedros, lebih 8,500 individu maut akibat COVID-19 minggu lalu, yang disifatkan tidak boleh diterima selepas tiga tahun berada dalam fasa pandemik, sedangkan dunia melakukan pelbagai usaha untuk mengelak penularan dan menyelamatkan nyawa. – AFP

Loading...
Terkini