comscore
Tumpuan :
Dunia

Aidiladha:  Penduduk Bangladesh berpusu-pusu pulang ke kampung halaman

Foto : Reuters

DHAKA :  Sempena kedatangan Aidiladha, ribuan penduduk di Bangladesh berpusu-pusu pulang ke kampung halaman msaing-masing

Antara pengakutan utama pilihan mereka, feri dan kereta api.

Pelabuhan dan stesen kereta api dipenuhi ramai orang yang mengambil kesempatan untuk pulang bercuti kali ini

Salah seorang penumpang feri Jihad Howlader, 18 tahun yang ditemu bual menyatakan kesukaran orang ramai

“Orang ramai terpaksa bersusah payah, tapi tidak mengapa, ia untuk merayakan kedatangan Aidiladha bersama keluarga.”

Juga bagi penumpang lain, demi bersama keluarga tersayang, mereka sanggup bersusah payah.

“Walaupun terpaksa berdepan risiko, saya perlu pulang ke kampung. Sudah setahun saya tidak berjumpa dengan ibu bapa saya dan anak lelaki saya.”   kata seorang lagi penumpang Montaj Begum, 32 tahun.

Aidiladha bakal disambut umat Islam di Bangladesh esok.   REUTERS

Loading...
Terkini