comscore
Tumpuan :
Nasional

Aidiladha: Aliran trafik mula meningkat 

Foto: LLM

KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi direkodkan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan jumlah kenderaan keluar dari ke ibu kota.

Aliran trafik tinggi direkodkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1) laluan Plaza Tol Gombak ke Bentong bermula jam 8 malam hari ini.

Turut direkodkan tinggi ialah laluan di LPT 2 persimpangan masuk ke Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad Imran Gulcharan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik sehingga 70 peratus membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Setakat ini, berlaku peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan KLK bermula petang tadi.

“Kita juga menjangkakan peningkatan kenderaan sebanyak 60 peratus bermula malam ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) trafik dilaporkan meningkat di lebuh raya arah utara manakala trafik dilaporkan lancar arah selatan.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, trafik kini masih lagi dalam keadaan terkawal di seluruh lebuh raya Plus sejak petang tadi.

“Kesesakan yang berlaku adalah lebih kepada kesesakan setempat di kawasan bandar.

“Kita menjangkakan berlaku peningkatan jumlah kenderaan esok,” katanya.

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini, susulan itu orang ramai mula mengambil peluang cuti perayaan berkenaan untuk pulang ke kampung halaman.

Loading...
Terkini