comscore
Tumpuan :
Dunia

Alaska Airlines gantung perkhidmatan semua pesawat 737-9 selepas pendaratan cemas

FOTO: Reuters

LOS ANGELES: Alaska Airlines menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9 miliknya pada Jumaat.

Tindakan dibuat selepas sebuah pesawatnya melakukan pendaratan cemas di Portland, Oregon, Amerika Syarikat ekoran insiden tingkap dan sebahagian daripada fiuslaj hilang, lapor Xinhua.

“Berikutan kejadian membabitkan Penerbangan 1282, kami memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara 65 pesawat Boeing 737-9 kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alaska Airlines Ben Minicucci dalam satu kenyataan.

Syarikat Boeing dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal Boeing bersedia untuk membantu siasatan. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini