comscore
Tumpuan :
Dunia

Amaran banjir buruk di New York dan New Jersey

Foto Reuters

AMERIKA SYARIKAT : Amaran banjir buruk dikeluarkan di beberapa kawasan di tenggara New York dan barat laut New Jersey.

Antara yang terjejas termasuk daerah Putnam, Rockland dan Orange.

Justeru, pihak berkuasa tempatan menyarankan penduduk agar berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Beberapa laluan juga ditutup kepada lalu lintas.

Daerah Rockland menyaksikan paras air naik sehingga paras pinggang dengan arus deras mengancam nyawa penduduk.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penduduk yang cedera dalam banjir kali ini.

Hujan dijangka beransur reda menjelang malam nanti.  – CNN / REUTERS

Loading...
Terkini