comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian ribut salji di AS meningkat kepada 34 orang

FOTO : AFP

Ribut salji membadai Amerika Syarikat mengorbankan 34 nyawa setakat ini, dengan Buffalo, New York, antara yang paling teruk terkesan mencatatkan 12 kematian.

Menurut pihak berkuasa angka itu dijangka meningkat selepas bekalan elektrik terputus menyebabkan penduduk terperangkap dalam kenderaan dan rumah yang dilitupi timbunan salji

 

Perkhidmatan cuaca kebangsaan (NWS) mendedahkan, luruan angin sejuk dari artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian negara itu.

Darurat telah diisytiharkan di beberapa negeri, termasuk new york, carolina utara dan oklahoma,

PResiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam pada itu menggesa rakyat supaya mematuhi amaran yang dikeluarkan

Setakat ini kira-kira 1.5 juta penduduk teputus bekalan elektrik dan lebih 8,000 jadual penerbangan dibatalkan di seluruh negara.   AFP / REUTERS

Loading...
Terkini