comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir ragut 3 nyawa di Sepanyol

FOTO: Reuters

TARRAGONA: Banjir buruk meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa dengan lagi individu dilaporkan hilang di Sepanyol.

Wilayah terjejas termasuk Madrid, Castile-La Mancha, Catalonia dan Valencia

Pasukan kecemasan giat melakukan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di kediaman masing-masing.

FOTO: Reuters

Ada penduduk yang terpaksa dipindahkan dengan helikopter setelah terpaksa naik ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri susulan kenaikan paras air

Hujan lebat Ahad lalu turut menyebabkan aliran lumpur di jalan raya dan menghanyutkan kenderaan penduduk.

Juga terdapat laporan hujan batu di kawasan tertentu. – REUTERS

Loading...
Terkini