comscore
Tumpuan :
Dunia

Dadah jenis kokain lebih 3.1 tan dirampas di perairan El Salvador

FOTO: Reuters

PUERTO LA CONCORDIA: Tentera Laut El Salvador merampas lebih 3.1 tan kokain bernilai US$77 juta di pantai Pasifik negara itu, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Sebuah bot dengan 90 bungkusan berisi kokain telah dipintas oleh pasukan tentera laut pada 14 November di perairan El Salvador, menyebabkan tiga warga Ecuador ditahan.

Rampasan dadah itu adalah yang terbesar setakat tahun ini.

Pegawai polis dan tentera bertindak merampas bungkusan berisi dadah itu manakala penyeludup yang diberkas dibawa ke Puerto La Concordia untuk tindakan lanjut.

Menteri Keselamatan dan Keadilan El Salvador, Gustavo Villoro berkata, misi itu yang disertai anggota keselamatan laut dan darat bertujuan mematahkan aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan dijalankan sepanjang tahun ini. – REUTERS

Loading...
Terkini