comscore
Tumpuan :
Dunia

Demonstrasi pekerja: Sistem pengangkutan awam di Perancis lumpuh

FOTO: AFP

PARIS: Pengangkutan awam di Perancis terjejas teruk sekali lagi susulan bantahan pekerja berhubung pembaharuan sistem pencen.

Menteri Pengangkutan, Clement Beaune, berkata mogok itu dijangka menjadi ‘antara yang paling sukar’ bagi pelancong selain merumitkan perjalanan penduduk, sejak permulaan bantahan.

Beberapa kesatuan, seperti CGT, menggesa mogok berterusan di kilang penapisan dan di tapak pengendali kereta api nasional, SNCF.

Presiden Emmanuel Macron mendesak pembaharuan itu, yang akan meningkatkan umur persaraan minimum daripada 62 kepada 64 tahun.

Mogok itu turut mengekang penjanaan kuasa di beberapa loji nuklear EDF.

Buat kali keenam sejak awal tahun ini, kesatuan sekerja menggesa pekerja mengadakan mogok dan bantahan di seluruh negara, bagi menyamai penyertaan tinggi bantahan pertama pada 19 Januari.

Lebih sejuta orang berarak menentang pembaharuan sistem pencen. – AFP

Loading...
Terkini