comscore
Tumpuan :
Dunia

Dron, misil Rusia serang Odessa

FOTO: Reuters

BERLIN: Rusia dilaporkan menyerang bandar pelabuhan Odessa di selatan Ukraine menggunakan dron dan peluru berpandu.

Menurut agensi berita Jerman, (dpa), sebuah bangunan terkena bedilan lalu terbakar, namun tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini.

Tentera Udara Ukraine sebelum ini memberi amaran menerusi Telegram berkenaan serangan dron Shahed, peluru berpandu Kalibr dan peluru berpandu jelajah Oniks.

Susulan itu, Gabenor tentera Odessa, Oleh Kiper, menyeru penduduk di wilayah itu untuk mencari tempat berlindung.

Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Ukraine pada waktu malam.

Rusia telah melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine selama 20 bulan.

Dalam tempoh itu, pelabuhan Laut Hitam Ukraine berulang kali menjadi sasaran serangan.

Pemerhati berpendapat serangan terbaharu itu sebagai kemungkinan tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Ukraine ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam Rusia di semenanjung Crimea, Jumaat lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini