comscore
Tumpuan :
Dunia

Gaji Messi di MLS lebih rendah berbanding Ronaldo

FOTO: Reuters

PARIS: Gaji Lionel Messi dilapor tidak setinggi seteru tradisinya, Cristiano Ronaldo sekalipun menerima bayaran lumayan di Amerika.

Bintang Argentina itu akan menyertai Inter Miami milik David Beckham, musim panas ini selepas kepulangannya ke Barcelona tidak kesampaian.

Pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain apabila kontraknya tamat akhir bulan ini.

Messi dilapor mendapat tawaran 300 juta pound (RM1.74 bilion) setahun untuk berpindah ke Arab Saudi selepas mengumumkan akan meninggalkan PSG.

Bagaimanapun pemain berusia 36 tahun itu tidak mahu menyertai bekas seteru Real Madrid, Ronaldo dan Karim Benzema yang beraksi di Liga Pro Saudi.

Selepas menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu masih menerima gaji yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kontrak Messi dilaporkan bernilai 119.34 juta pound (RM691.89 juta) untuk tempoh dua tahun setengah bersama kelab Major League Soccer (MLS).

Walaupun jumlahnya rendah berbanding Ronaldo, dia masih berpeluang mendapat tajaan lumayan daripada Adidas, Apple dan MLS.

Malah ketua MLS juga dikatakan akan menawarkan peluang buat Messi untuk membeli saham di kelab-kelab liga berkenaan selepas bersara nanti, seperti dilakukan Beckham.

Loading...
Terkini