comscore
Tumpuan :
Sukan

Barcelona setuju lepaskan Umtiti

FOTO; Reuters

BARCELONA: Barcelona mencapai persetujuan melepaskan Samuel Umtiti selepas ditamatkan kontrak pemain pertahanan itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Barca dari Olympique Lyonnais pada 2016 dan masih berbaki tiga tahun dalam kontraknya.

Pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan beberapa kali selepas membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 dan menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Serie A, Lecce.

Umtiti beraksi 133 kali buat Barcelona, memenangi tiga trofi Copa del Rey, dua kejuaraan La Liga dan dua Piala Super Sepanyol. – REUTERS

Loading...
Terkini