comscore
Tumpuan :
Dunia

HRW dakwa Israel guna bom fosforus di Gaza, Lubnan

Foto: Human Rights Watch (HRW)

GAZA : Pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), mendakwa Israel menggunakan peluru fosforus putih dalam operasi ketenteraannya di Gaza dan Lubnan yang boleh memberi risiko kesan kecederaan serius dan jangka panjang kepada orang awam.

Bagaimanapun, tentera Israel enggan mengulas lanjut dan mendakwa tidak mengetahui penggunaan senjata yang mengandungi fosforus putih di Gaza ketika ini.

HRW mengesahkan video diambil di Lubnan pada 10 oktober dan Gaza pada 11 oktober lalu yang didakwa menunjukkan pelbagai letupan udara fosforus putih ditembak dengan artileri ke atas pelabuhan Gaza City dan dua lokasi luar bandar di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Beberapa hari kebelakangan ini, saluranTV Palestin menyiarkan video  menunjukkan kepulan asap putih tipis melitupi langit Gaza yang didakwa sebagai senjata berkenaan.

Palestin pada Selasa lalu turut menuduh Israel menggunakan bom fosforus ketika pengeboman di kawasan berpenduduk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

“Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa terhadap rakyat Palestin di kejiranan Karama di utara Gaza,” kata Kementerian Luar di platform X.

Menurut jurnal perubatan, yang dipetik  HRW, “fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan serius dan kematian apabila ia bersentuhan dengan kulit, terhidu atau ditelan.”

Penggunaan senjata fosforus putih untuk menghasilkan tabir asap dan melindungi pergerakan tentera diterima secara sah, tetapi Konvensyen Geneva 1980 melarang penggunaannya di kawasan yang padat dengan penduduk.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini