comscore
Tumpuan :
Dunia

IMF salur dana sokongan AS$15.6 bilion kepada Ukraine

Foto: Reuters

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa, (IMF) meluluskan pakej sokongan AS$15.6 bilion atau RM68.8 bilion kepada Ukraine.

Ia bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang dilanda konflik peperangan dengan Rusia itu.

Pencerobohan Russia memusnahkan ekonomi Ukraine, mengakibatkan aktiviti menguncup sekitar 30 peratus tahun lalu dan memusnahkan banyak stok modalnya.

Krisis berkenaan turut meningkatkan kadar kemiskinan.

Justeru Program Kemudahan Dana Lanjutan 48 bulan itu diluluskan oleh lembaga dana.

Ia juga sebahagian daripada pakej sokongan keseluruhan bernilai AS$115 bilion terdiri daripada pelepasan hutang, pemberian dan pinjaman oleh institusi pelbagai hala dan dua hala.

Foto: Reuters

Timbalan Pengarah Urusan IMF, Gita Gopinath dalam satu kenyataan berkata, program baharu empat tahun itu bertujuan menunjang kestabilan makro-ekonomi dan kewangan serta melaksanakan pembaharuan struktur kritikal ketika perang berterusan.

Loading...
Terkini