comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia Lapor Kes Pertama Varian Omicron XBB Babit Warga Tempatan

Foto hiasan.

JAKARTA : Indonesia melaporkan kes jangkitan tempatan pertama varian Omicron XBB membabitkan seorang wanita berusia 29 tahun.

Kementerian Kesihatan melaporkan, wanita itu tinggal di Surabaya, Jawa Timur dan baru sahaja pulang dari Lombok di Nusa Tenggara Barat.

Jurucakap kementerian, Dr Mohammad Syahril, berkata wanita terbabit disahkan positif pada 26 September dan mempunyai gejala termasuk batuk, demam dan hidung berair.

Wanita itu dibenarkan keluar dari pengasingan COVID-19 pada 3 Oktober dan ujian terhadap 10 kontak rapat mendapati semuanya negatif.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Syahril berkata, pihak kementerian akan meningkatkan pengawasan di pintu masuk dan menggesa orang ramai lebih berwaspada serta mematuhi protokol kesihatan.

Data pasukan petugas COVID-19 Indonesia menunjukkan 2,087 kes direkodkan pada Sabtu dengan jumlah kes keseluruhan 6.47 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini