comscore
Tumpuan :
Dunia

Kabinet Mesir angkat sumpah, perkenal portfolio baharu

Foto: Reuters

KAHERAH: Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah Al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya di Kaherah, Mesir.

Menerusi Stesen Televisyen Kerajaan Nile TV, sebelum upacara angkat sumpah, Al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantik beliau sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.

Kabinet baharu ini diketuai oleh Perdana Menteri Mostafa Madbouly, yang memegang jawatan itu sejak 2018.

Terdiri daripada 30 menteri, kabinet baharu ini menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi.

Menurut al-sisi, keutamaan utama kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini