comscore
Tumpuan :
Dunia

Kerajaan AS lulus RM283.89 juta bantuan kecemasan insiden jambatan

FOTO: Reuters

MARYLAND: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan kecemasan persekutuan berjumlah AS$60 juta (RM283.89 juta) kepada negeri Maryland, sebagai tindak balas segera terhadap insiden Jambatan Francis Scott Key runtuh di Baltimore, Selasa lalu.

Dalam insiden, kapal kontena yang menggunakan bendera Singapura, Dali dalam perjalanan ke Sri Lanka sebelum melaporkan kehilangan kuasa dan keupayaan untuk bergerak sebelum melanggar tiang sokongan jambatan di Pelabuhan Baltimore.

Empat mayat ditemui dan dua lagi hilang dikhuatiri maut.

Gabenor Maryland, Wes Moore memohon bantuan AS$60 juta pada Jumaat dan namun Pentadbiran Persekutuan Jabatan Pengangkutan AS meluluskan tuntutan itu dalam beberapa jam.

Pembiayaan sedemikian biasanya mengambil masa beberapa hari, namun Presiden Joe Biden memaklumkan, beliau mengarahkan kerajaan Persekutuan melakukan apa sahaja bagi membina semula jambatan itu secepat mungkin.

Jabatan Pengangkutan berikrar untuk bertindak pantas selepas menerima permohonan pembiayaan pelepasan segera, namun ia akan memerlukan undang-undang daripada Kongres untuk membiayai pembinaan jambatan gantian.

Moore berkata, bantuan itu akan menyokong operasi dan penyingkiran serpihan sekali gus membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Maryland pula berkata, pihaknya mungkin mendapatkan pembiayaan kecemasan tambahan apabila penilaian kerosakan dilakukan.

Syarikat analisis perisian ekonomi IMPLAN berkata, anggaran awal kos pembinaan semula yang mungkin akan dibayar kerajaan Persekutuan ialah AS$600 juta (RM2.8 bilion).

Namun pegawai Persekutuan memaklumkan penggubal undang-undang Maryland kos boleh melonjak kepada sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM9.46 bilion).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini