comscore
Tumpuan :
Dunia

Komander Hizbullah terkorban dalam serangan terbaharu Israel

Foto: Reuters

TYRE: Komander Kanan Hizbullah didakwa terkorban dalam serangan Israel yang menyasarkan kenderaan di Tyre, selatan Lubnan.

Menurut sumber rapat Hizbullah, pemimpin kanan kumpulan itu adalah komander kedua yang maut sejak beberapa minggu lalu.

Pemimpin berkenaan dikatakan mempunyai kedudukan sama dengan Taleb Abdallah, iaitu seorang lagi komander yang maut dalam serangan Israel bulan lalu.

Sementara itu, Agensi Berita Nasional Lubnan, mengesahkan sebuah dron musuh menyasarkan sebuah kereta di Tyre – bandar pesisir pantai, kira-kira 20 kilometer dari sempadan.

Sebelum ini, sumber tentera Lubnan memaklumkan abdallah adalah pemimpin Hizbullah paling penting yang terkorban.

Hizbullah yang disokong Iran melancarkan serangan rentas sempadan berdepan rejim Zionis, susulan konflik Israel-Hamas yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Lebih lapan bulan ketegangan, sekurang-kurangnya 494 orang terkorban di Lubnan, termasuk pejuang dan hampir 95 orang awam. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini