comscore
Tumpuan :
Dunia

Lagi wanita mati ditelan ular sawa di Indonesia

Foto hiasan

MAKASSAR: Seorang lagi wanita ditemui maut di dalam perut ular sawa, iaitu insiden kedua dalam tempoh sebulan di wilayah sama di Sulawesi Selatan, di Indonesia, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Idul, mangsa dikenali sebagai Siriati, 36, ditemui dalam perut ular sawa selepas hilang sejak semalam ketika keluar membeli ubat untuk anaknya yang sakit.

Beliau berkata, rentetan itu suaminya, Adiansa, 30, bersama ahli keluarga lain mencari mangsa sebelum menemui selipar dan seluarnya di atas jalan, kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.

“Suami mangsa kemudiannya ternampak seekor ular yang masih hidup, kira-kira 10 meter dari laluan itu,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk kampung, Iyang, berkata Adiansa mula berasa sangsi selepas menyedari bahawa perut ular sawa terbabit sangat besar.

Katanya, suami mangsa kemudiannya memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perut ular itu sebelum menemui mayat Siriati.

Bulan lalu, seorang wanita ditemui mati di dalam perut ular sawa di daerah lain di Sulawesi Selatan.

Malah, insiden sama turut berlaku tahun lalu apabila seorang petani ditelan ular sawa sepanjang lapan meter.

Pada 2018, seorang wanita berusia 54 tahun ditemui mati di dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.

Loading...
Terkini